Campro Family
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Campro Family

Salam perkenalan dari admin My Campro Family. Ditubuhkan pada Jun 2015 bagi mereka yang mempunyai jentera Proton bernadikan Enjin Campro..
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
» Putih Suci Je Kereta Ni..
Auto vs Manual?? Icon_minitimeSat Sep 12, 2015 7:03 am by Sam Gentwo

» Apa masalah enjin tersengguk-senguk?
Auto vs Manual?? Icon_minitimeFri Sep 11, 2015 2:18 pm by Sam Gentwo

» Gen2 sering bermasalah? betul ke?
Auto vs Manual?? Icon_minitimeFri Sep 11, 2015 2:16 pm by Sam Gentwo

» RON95 & RON97, mne lagi bagus?
Auto vs Manual?? Icon_minitimeFri Sep 11, 2015 12:24 pm by Sam Gentwo

» Fullset bodykit
Auto vs Manual?? Icon_minitimeFri Sep 11, 2015 12:23 pm by Sam Gentwo

» Cara Meletak/Mengupload Gambar Dalam Website
Auto vs Manual?? Icon_minitimeFri Sep 11, 2015 12:20 pm by Sam Gentwo

» Persona BMW Edition
Auto vs Manual?? Icon_minitimeFri Sep 11, 2015 12:10 pm by Sam Gentwo

» Harga Persona SV??
Auto vs Manual?? Icon_minitimeFri Sep 11, 2015 12:00 pm by Sam Gentwo

» RON95 VS RON97
Auto vs Manual?? Icon_minitimeFri Sep 11, 2015 11:47 am by Sam Gentwo

March 2024
MonTueWedThuFriSatSun
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
CalendarCalendar
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 28 on Fri Jan 06, 2017 11:46 pm

 

 Auto vs Manual??

Go down 
AuthorMessage
Remie
Campro Newbie
Campro Newbie



Posts : 12
Join date : 2015-09-11

Auto vs Manual?? Empty
PostSubject: Auto vs Manual??   Auto vs Manual?? Icon_minitimeFri Sep 11, 2015 10:58 am

Thanks bertanya...Sepanjang pembuatan kenderaan beroda empat ini, terdapat dua jenis kereta jika kita bahagikan mengikut penggunaan gear.
1. Penggunaan Gear Manual
2. Penggunaan Gear Automatik..
Tapi Sebagai pemandu kereta, perlu juga kita lihat akan kesesuaian utk membeli sama ada kereta bergear manual ataupun bergear auto. Apakah kelebihannya dan apakah kekurangannya?

Alhamdulillah secara kebetulan saya boleh memandu kereta bergear manual dan auto.so tak kisah mengunakan Auto or Manual.bagi saya samada pilihan transmisi manual atau automatik, bukan terletak pada pandangan orang lain tetapi lebih kepada anda sendiri sebagai pemandu sehari-hari..
_______________________________
Berikut merupakan pandangan saya
Berkenaan kereta manual dan auto
_______________________________
Gear Manual
1) Selalu lelaki suka gear manual ni.Sesuai untuk sesiapa yang minat untuk speeding kalau korang jenis yang mencari keseronokan dan cabaran, ambil manual car. Korang boleh try test cuba keupayaan kaki dan tangan korang.
2) Yang manual ni biasa la kena guna clutch untuk menukar gear... jadi banyak sikit pergerakan guna pastu kena seimbangkan minyak, jadi kalu yang tak pandai tu...ada kemungkinan mampus tengah jalan la kalu yang tak pandai rasa tu, Manual memerlukan masa untuk orang yang baru mula-mula hendak belajar memandu. kekadang kita memasukkan gear pada kelajuan yang tidak sesuai ini boleh menyebabkan kerete mudah rosak. Kalau tak pandai balance clutch dan minyak. Banyak kali jugak enjin mati. Lebih-lebih lagi bila naik bukit. Lagi satu kalau tak cekap nak main gear 1.. tiap trafik light je mesti kerete mati enjin..
3) kaki nih kawal 3 pedal (minyak, clutch dan brake ) kaki kiri dan kanan sentiasa bekerja perlu cekap mengendalikan cluth,brake dan minyak(lengguh kaki bagi yang belum mahir)
4) kebaikan dia plak...kalu bawak dalam bandar dia kurang guna minyak nak dibandingkan ngan auto .. Cuma pendapat aku yang dikatakan boros atau tidak minyak bergantung kepada cara pemanduan. jika anda pandu dengan laju maksud nya anda juga menggunakan minyak dengan laju. save minyak (walaupun hanya beza beberapa mililiter! minyak da mahal, kena save walau setitik)
5) kereta jenis manual ni pickup...
6) kalau bawa kerete untuk perjalanan jauh atau banyak guna lebuhraya, rasanya manual lebih ummph..
7) Dari segi keselamatan, Bila berlaku sesuatu emergency brake, gear manual boleh dikawal tapi kalo auto, susah sebab kawalan bukan pada pemandu.
sebagai contoh jika meredah air gunakan gear rendah bagi kenderaan ringan seperti Atoz mahupun wira boleh mengakibatkan hilang kawalan dan terbabas.
8) Bagi manual, setiap 40,000 atau 50,000 km tukar minyak gear box anda.
9) Bila bateri kereta kong atau lemah Kereta boleh tolak beramai-ramai tekan clucth pastu masuk gear satu lepas clucth kereta boleh dihidupkan
10) Bagi kereta manual, semasa memandu jangan sekali-kali meletakkan kaki anda di atas pedal clucth. Ini boleh memendekkan jangka hayat clucth plate nada dan merosakkan gigi gear kereta anda. Laraskan paras clucth supaya berada dalam keadaan yang sesuai dengan panjang kaki anda (minta bantuan mekanik). Jangan paksa sekiranya gear tak masuk sebaliknya cuba lepaskan handbrek dahulu
11) Penukar gear 1 ke 2, 2 ke 3, dan seterusnya.. Apa yang saya buat selama ni ialah:- Tekan clutch hingga jejak ke lantai dan masuk gear satu dengan cermat dan lembut.
Kaki di pedal clucth diangkat perlahan lebih kurang 60% sehingga terasa badan kereta
bergegar hendak bergerak,tambah sedikit minyak dan kawallah kelajuan dan stereng
anda.Bila sudah stabil dan meter mencecah ke 20km - 25km,tukarlah kepada gear 2
dan meter mencecah ke 30km - 35km,tukar ke gear 3,meter mencecah ke 4okm
tukarlah ke gear 4 dan seterusnya tukarlah ke gear 5 mengikut kelancaran jalanraya.
12) Apabila memotong kenderaan ,menurunkan gear dari gear 5 ke gear 4 tetapi perlu di ingat apabila kelajuan melebihi 100 km/j kita turunkan gear ke gear 4 atau 3. Kalau kita tak bernasib baik, kita mungkin dapat mengutip segala gear dan skru bertaburan di atas jalan.
13) Cara hendak mengelakkan dari engin mati setelah gear dimasukkan.
- Jangan angkat pedal clutch secara mengejut dan pastikan kelajuan kereta anda telah stabil barulah penukaran gear dilakukan atau pedal clutch dilepaskan dengan perlahan.
- Jika hendak berhenti atau mengekori kereta yang terlalu perlahan sehingga meter turun
dibawah 30km,tekan pedal clucth dulu baru tekan pedal brek.
Untuk mengelakkan anda kelamkabut kerana anda kurang mahir.
- Bila kereta berhenti pastikan tekan pedal clutch sehingga jejak ke lantai dan pedal brek.
Sebelum mengangkat kedua-dua kaki,anda wajib bebaskan gear dulu dan tarik brek tangan
atau tarik brek tangan dan bebaskan gear.
_______________________________
Gear auto
1) Lebih sesuai untuk perempuan atau bergantung kepada minat gak. sebab senang nak handle. Tak kelam kabut, lebih santai. Simple, rileks, dan memudahkan. Nak parking senang, nak reverse senang.- ramai perempuan teragak-agak dan lambat untuk tukar gear dan tekan minyak, terutama bila nak masuk simpang atau keluar simpang yang sibuk .
2) Gear auto ni senang skit nak bawa. kepada yang tak pro tu elok guna auto jer la tak banyak pergerakan kaki, lepas masuk gear terus tekan minyak ngan kawal stereng jer. gear akan di tukar secara automatik bergantung kepada kelajuan kereta, jadi gear tak mudah rosak..
3) kaki nih kawal 2 pedal (minyak dan brake) kaki kanan banyak memainkan peranan untuk menekan pedal minyak dan brake
4) penukaran gear secara automatik membabitkan pengunaan minyak agak boros.. untuk pengguna kereta auto, anda dinasihatkan untuk melepaskan minyak seketika bila dah terasa gear dh ditukar...ini untuk menjimatkan penggunaan minyak.
5) kereta auto memang kurang pickup sbb nak ambik masa untuk tukar gear secara auto...
6) sesuai digunakan di kawasan bandar yang selalu jammed atau jalan yang sesak dengan kereta seperti di KL. - memudahkan pemanduan, hanya perlu kawal minyak, sistem brake dan stering sahaja sudah memadai
7) Sistem brake kereta auto agak 'menerkam'...jadi kene brake dengan berhati-hati... seperti berada di atas kuda yang berhenti secara mengejut.Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya dua kali
ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.
8) Kereta tidak boleh tolak untuk hidupkan (bila bateri lemah) anda tidak boleh hidupkan enjin dengan cara push start. maka auto kena jaga bateri kereta.maka nak tak nak kena telipon kawan .. mintak tolong jumper bateri kereta korang baru boleh start kereta.
9)Auto-kos penyelengaraan tinggi sedikit berbanding dengan Manual,terutamanya jika berlaku kerosakan pada gear box.Tetapi auto amat mudah untuk dijaga dan diselenggara
10)Auto-tidak sesuai dipasang dengan ekzos racing yang berbunyi bising,berbanding Manual apa-apa ekzos pun boleh.
11) Bagi auto, setiap 15,000 atau 20,000 km, tukar minyak gear box anda.. Kalau nak di banding gear manual ... Servis minyak tranmission lebih kerap kali jika menggunakan gear auto.. kos pun bertambah jugak kan..
overdrive adalah pacuan akhir atau top gear...dlm manual 'overdrive' adalah gear lima.. yang dimaksudkan sebagai 'jangan' adalah jangan 'overdive off', jangan tutup button overdrive (OD) kalau kelajuan kereta lebih dari 100km/j kerana seolah-olah kita turunkan gear manual dari 5 ke 4 . Kesannya tentu kerata akan 'mengaum'...

12) Lagi satu, dah biasa bawak auto, tak boleh bawak manual. macam member aku, tak dapat la nak pinjam keta member opis nak gi lunch sebab kat sini ramai guna keta manual. bayangkan kalo keta kiter rosak ker, nak pinjam keta member atau member tetiba takleh drive, camne nak pandukan keta manual tuh?
13) Bagi kereta auto, pastikan anda faham kegunaan semua paras gear iaitu P, R, D, L, 2 dan 3. Bagi pemanduan biasa, gunakan cuma D dan bila memotong, gunakan "overdrive button". Sekiranya kerata anda tidak mempunyai overdrive button (wira 1.6 mempunyai overdrive button dan tidak pada wira 1.3, 1.5 ,kancil), anda perlu menerima hakikat yang kereta anda tidak boleh dipandu secara aggresive. Jangan gunakan overdrive button pada kelajuan melebihi 100 km/j kerana fungsi overdrive button adalah seperti kita menurunkan gear dari gear 5 ke gear 4 apabila memotong dan tetap pada gear 4 sehingga kita offkan overdrive button. Gear 2, 3 dan L adalah untuk kegunaan mendaki iaitu apabila kereta kita tidak dapat mendaki cerun yang curam. Paras gear ini hanya untuk kegunaan kelajuan rendah
(bergantung pada jenis kereta).
Back to top Go down
 
Auto vs Manual??
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Campro Family :: Info :: Artikel-
Jump to: